Friday, December 14, 2012

Ayat-ayat kejam zaman budak-budak

Hai kawan-kawan. Hari ni kite nak cerita ayat-ayat kejam budak-budak, entry ni based on pengalaman sndiri & cerita-cerita yang pernah singgah dekat perlabuhan otak di negeri kepala sendiri.

Basically zaman kecik-kecik dulu memang indah, kalau tak indah pon perit bin pedih. Semua tu based on diri sendiri la kan haaaa. But my case kinda mix sebab yang enjoy n perit.

Ok balik ke topik asal, antara ayat tu sebenarnya tak la kejam mana pon cuma masa budak-budak tu feeling tu terover haaa. Yelaaa da nama pon ayat kejam so mostly ayat-ayat kejam yang terlintas di dalam otak la kan. Bawak-bawak pikir la ayat apa tuh kan haha

Tu je laaa. Ada apa-apa tulis-tulis lagi ye.

Fin

n_n

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 29, 2012

Kids. My opinion



Weeheee. Now sembang pasal budak-budak pulak. Why tetiba buka topic macamgini? Sebabnya its basiclly my idea yang tengah ada ni haa.
Budak-budak ni dia banyak stage
  • baby
  • budak-budak
  • budak sekolah

Pasal kes baby ni tadahal lagi sebab yelakan baby lagi haa, kalau nangis pon ok lagi la telinga boleh tahan lagi la katakan sebab paham laa baby haa. Fulltime tido, partime nangis & most of the time baby. Haha
Pasal kes budak-budak pulak bagi aku macam so-so laa. Haha. Ok kadang tu aku pon ada gak main auu chak ngan budak-budak ni tp tengok jugak la samada dia tu sombong ke tak. Tapi most of the time respond dia macam takut-takut. Tapi aku cukup tak suka budak yang kadang tu orang tak da niat nak main auu chak pon kacau aku haa. Jenis-jenis macam ni aku rimas sikit. Kalau kes depa tu menangis melalak kat public tu kadang tu rasa nak pergi sumbat kain ja kat dalam mulut. Baru puas hati haa senyap sikit.
Kes budak sekolah ni lagi satu hal. Paling aku tak gemar perangi tak da rasa hormat tu haa. Pergh!! Rasa nak pergi lempang sekor-sekor. Mana taknya, kadang tu kes buat bising, kes buang sampah rata-rata & paling tak boleh belah kes nak berlagak hebat. Kalau betul buat tu tapalakan tapi kalau rosak amacam? Nak mintak dia ganti kaa? Nanti mesti ada orang kata "Ala, tapalaaa dia budak-budak lagi haa" dewwum!! Hate that phrase seriusly.
Tapi semua-semua ni macam la tak pernah jadi kat diri sendirikan. Yes we all start as a kid dan ada perangai suma ni haa. So entry kali ni pasal kids, my opinion. Haha. So that it
FIN
Published with Blogger-droid v2.0.8

Se-malam di pekan Kuala Lumpur

Penat main lajak-lajak seperti mana post yang sebelum ni malam tadi pulak decide nak berembun di pekan Kuala Lumpur. Haha. Pada sesiapa yang kurang paham "berembun" tu dia macam lepak-lepak santai jaa tapi sampai lewat pagi. xD

Keluar rumah pukul 10 lebih la semalam. Pastu contact member yang lama n tak berapa nak lama. LOLL ayat pusing-pusing. Pastu ikot jalan menghla ke Kuala Lumpur ikot Sprint Highway. Since aku bukan orang sini so memang tak familiar sangat la dengan jalan area pekan KL. Niat dihati ingin berhenti dekan dataran tapi ada block maybe ada apa-apa event kot. So lajak la mana-mana kan. Fuel-up kat Esso Jalan Tun Sambanthan pastu update ngan member meet up kat mna. Decide jumpa kat Time Square. Tunggu punya tunggu pastu menjelmalah BMW K1200. Haha dewwum kata nak keluar Magna sebab akunya pon bawak easy jaa which is Vulcan 500.

Secara officialnya member aku tu jadi travel guide pusing pekan KL. So aku pon ikot jalan mana dia lead aku. Katanya nak cuci mata almaklomlaa Its Friday night kan. Haha alaa pada yang tak reti-reti lagi tu malan "kucing mengawan". Paham da? Hahaha. Nak describe jalan mana tu memang aku tak tahu menahu la kan.

Dah settle cuci mata aku lepak minum-minum & borak-borak. Haha. Besa la kan orang umur 20an ni kan, fav past time is lepak-lepak jelah. Da lepak-lepak tu member aku ni pon decide nak buat sesi cuci mata yang kedua. Haha

Dah settle part lepak~ing & cuci mata~ing aku pon ride pulang ikut jalan DUKE katanya. Kami cruise ja sebab ikot tema ride santai haha.

Pastu berakir sesi se-malam di pekan KL. So that it. Kalau ada story update lagi.

FIN

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, September 28, 2012

Awesome day xD

Mulakan hari dengan bangun lambat seperti biasa. Kenapa ku bangun lambat?? sebabnya melayan orang yang jauh dimata dekat dihati xD. ok dah merepek. Ku bangun dengan mengejut kerana agak lewat dari hari-hari biasa. ku berhempas pulas dengan segara rutin harian yang patut dilaksanakan. Antara task-task harian tu antaranya jemur kain, bagi kucing makan n segala yang relate tu housework. Almaklom laa hidup goyang kaki la katakan. So back to story, patutnya harini ku kena resume task yang undone semalam which is hantar kereta ke bengkel untuk kerja-kerja baik pulih. Tugas2 harian pon selesai so bersiap-siap untuk melaksanakan special task xD wah macam main game pulak eh, ermm tak kesah laa xD. 

Mulakan special task dengan withdraw duit untuk bayar servis nanti then proceed to bengkel. Sepatotnya pekara terjadi mengikut yang dirancangla kan tapi besa la manusia. Mesti ada yang teselit onak duka xD. Ok. Bank yang sepatutnya ku pergi >> Ambank. So mind set pergi pekan Taiping untuk keluar duit since dekat Kamunting tak dak. So drive la kesana n withdraw duit. Proceed ke Perodua Kamunting adan deal dengan pihak depa xD. Decidt nak datang balik hanta kereta since depa lunch break. Dok kata pasal lunch break baru teringat yang aku ni tak breakfast lagi haa. So lencong la ke 7Eleven. Sampai ke destinasi yang dituju ternampak la satu situasi antara warga asing(mat Indon) dengan mesin ajaib(ATM) xD, malas layan depa-depa tu aku pon grab la benda-benda yang boleh isi perut. Masa nak ke kaunter tu perasan la ada sorang awek ni dok gelak-gelak kat mat Indon tu haa. Aku pon layan gak menonton situasi yang berlaku tu. Sekali pandang jelah depa-depa tuh pastu...... 


Tiba-tiba teringat akan iklan 7Eleven yang "berkolaburasi" dengan Ambank mewujudkan mesin ATM xD adoi. Its officially self-trolling xD


Hahaha...ok done part tu. 

Tepat jam 1.25 cmtu aku pon gerak la ke Perodua balik sebab da book 1.30 petang. So aku amek keputusan untuk menunggu dan menuggu. Memula ok jaa pastu 1jam pertama aku dah mula belek-belek majalah kat situ. Next following hour aku mengeluh non-stop sorang-sorang. Next hour belek paper pulak, cari yang tebal-tebal. Pastu tergerak hati nak tengok progress. Dush..another self-troll HAHAHAHA. fuck up day huhh. Decide call a pick up which is my dad. Yeyyy..

Balik rumah terasa nak bermanja-manja dengan Cik besi yang mempunyai dua roda xD. So aku pon gear up laa, amek jaket glove boot n final kunci motor. Dah siap suma start motor n jalan tanpa pikirkan kemana hala tuju ku kali ni. 

Fuel up -check-
Tyre pressure -check-

Everything set n good to go. 

Heading my way to PLUS tanpa set destinasi pastu teringat akan my 1st alone trip atas highway which is Kuala Kangsar. So ingat nak menjenguk KK la kiranya. Beberapa minit berlalu n beberapa meter ja lagi nak exit Kuala Kangsar aku decide nak lajak. Pastu main lajak-lajak lagi. Taw-taw da Ipoh da..lajak lagi tapah...ahhh alang2 KL terus laa. So aku pon lajak ke KL. 

Setibanya ke KL(took me 3++ hour sbb Vulcan not ER6) ingat nak pusing-pusing kota KL tapi aku tak reti xD so decide masok damansara n pergi kerumah kakak. Yeyy boleh buat surprise kat pak aku n haa xD. 


So sampai rumah kak aku aku pon inform la pak aku. Memula aku cakap aku berjalan-jalan n ride santai tapi masa nak kasi taw destinasi kemana tu aku pass phone kat kakak aku haa. Respond pak aku cm blur2 kejap xD. Hahaha adoi.

End part merapu

Since da kt sini aku teringin nak merasa salmon IKEA haha sebab meatball da rasa daa. Deal dengan kakak aku so pergi la kesana she's drive xD letih ar nak drive pulak kan. Pastu ke tesco beli barag kejap n ke uptown pe tah tak ingat tempat.

Now relax-relax n type benda alah ni laa 

SO end of story of The Awesome Day my version 

FIN

Tuesday, September 25, 2012

Hobi dua roda

KBK Rider
Ulu Kernas 2012
n_n
Makan - makan
Ride santai Penang


So basically my favourite thing to do is have fun on two wheel. Ya, tak kira la apa jenis pon asalkan 2 roda. Tapi tak lupa juga 4 roda tehee sebabnya kata orang yang 4 roda ni punya bumbung, so tak basah kalau hujan. Dengan tertubuhnya KBK Rider (kelajuan bukan keutamaan) yang berasal dari kebanyakkan pelajar kampus UiTMPP ni aku mula terjebak dengan aktiviti berkonvoi. Walaupun tak secara formal yang bererti tidak mempunyai Marshal yang berdaftar tetapi sedikit sebanyak mengajar aku cara berkonvoi dan memahami isyarat tangan ketika berkonvoi.


Jentera

Tak lupa juga minat berbasikal
Night mode

Keselamatan ialah satu kemestian ketika menunggang. Jaket, kasut, sarung tangan, helmet & aksosori yang lain dapat mengurangkan kecederaan. Terdapat pelbagai jenama untuk menjadi pilihan sendiri antaranya BELL, ARAI, SHOE, ALPINESTAR & macam-macam lagi. Namun harga ikot kemampuan sendiri.

Itu saja perkongsian cerita aku di pagi hari ni

FIN 

blog ressurection part II

Mei 2012 

Timeline maybe??
Hey back!! nothing much just blog resurrection part II xD.

Yelah, setelah sekian lama meghilang, now sudah pulang ke papan kekunci yg kecik lagi molek ni haa.

ok..tempoh baik pulih akan berjalan seperti biasa. 

Assalamualaikum n moga baca lagi n_n 

Tuesday, March 13, 2012

Depressed?? Tak keruan?? Tek terurus??

Walahweh! Me depressed?? agak pelik bin weird la juga since me myself as a boy yang memang terkenal dengan hati kering.

Tapi for the past few day nieh aku macam tak boleh megurus masa dengan begitu bernas.. plus cik final binti exam asik intai-intai ja dari jauh dan tak lama lagi aku kena date dengan cik final binti exam tu 17 March 2012 ni la… pastu dia arrange date on 18 n 20hb pulak…

Study week haritu aku decide balik rumah right after MUET on 3rd march hari tuh. From Saturday to Tuesday.Sempat la manjakan diri selama 3 hari ja kat rumah n most of the time aku spent my time doing nothing but something. Haha ayat a bit pusing-pusing juga la eh.

Then on Tuesday balik peneng dengan harapan nak dating dengan cik past year exam tapi aku pergi date dengan cik PC pulak. Paham-paham la kalau dah date dengan cik PC ni macam-macam la kisah keluar. Movie~ing, game~ing n troll~ing. Aku keep on hanyut n hanyut n hanyut.

Sekarang Cuma berbaki 3 hari n beberapa jam ja.. come on la Izzat! Pergi date dengan cik past year tuh..cian dia. Kalau date dengan cik PC tuh bila-bila pon boleh. Right after exam pon boleh said my fellow housemate yang agak membantu kasi nasihat sedikit sebanyak.

Tapi-tapi….

T_T

FIN

Friday, March 2, 2012

Final bin Exam

17, 18, 20 March 2012 tarikh keramat. Teramat padat dan mengancam habaq hang. Tapi bestnye amek masa 3 hari ja nak menempuh dugaan terlampau sedemikian rupa ya…

For those yang serumpun juga tu saya di sini mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terusik yang tak patut diusik, tergosip secara sengaja, dan macam-macam lagi la.. Yelah, saya juga manusia biasa, tak pernah lari dari kesilapaan yang tak diduga. Kadang tu intonasi berjenaka dianggap melukakan hati. Apa nak buat, dah nasib badan.

Enough with sad-sad part la kan.benda yang dah lepas biar la lepas. Kalau nak “pancing” balik memang boleh mengundang segala macam hal la kiranya.

So wishing u all Happy Menjawab Final Exam ye!!

All the best with your paper! Menjawab dengan tenang bin awesome ye…

FIN

Thursday, February 23, 2012

MUET (Malaysian University English Test)

Done with speaking test just now, seriously baru habis sangat-sangat. Test pukul 11 pagi tadi, n menunggu for another 30 minutes. Ni kes bahasa campur-campur ni bukannya apa. Sebab geram tak perform dalam speaking test tadi. Nak salahkan tenaga pengajar yang terdahulu pon tak boleh jugak sebab masa tuh memang diri sendiri pon agak nervous bin cuak la kiranya kan…

Soalan kami tadi “Young people love to work overseas” aku punya point is invaluable experiences. My fellow MUET~mate kata aku punya point senang tahap gaban, tapi kalau dah nervous bin cuak mmg blank la…

Tu je la.

FIN

Wednesday, February 22, 2012

Part Six

Sedar tak sedar aku sudah 6 sem berada di Penang. Sepatunya pada kebanyakan pelajar yang mengejar diploma, Part 6 ni umpama part terakhir dalam pembelajaraan. But for me, lain pulak ceritanya.

Berdasarkan pemerhatian kawan seperjuangan , Part 6 ni banyak kerja. For me yang terjebak dalam puak-puak Electric ni sibuk dengan FYP (Final Year Project) tapi bagi puak-puak yang lain tu aku tak tahu sangat lah kan. Tengok gelagat rakan seperjuangan aku masa menyiapkan FYP ni macam-macam ada... yang tension, frust menonggeng & macam-macam lagi lah. Tapi lepas presentation FYP tuh masing-masing macam dah hilang belengu yang terikat kat kaki masing-masing. Senang cerita happy tak ingat la kan.

Tu sembang pasal FYP. Pasal next plan pulak pon macam-macam hal juga. Ada yang memang nak sambung Degree, ada yang dah letih belajar & nak cari pengalaman kerja dulu, ada yang dah macam nak give-up study pon ada. Haih macam-macam ragam la katakan.

Back to my story yang dikatakan lain dari yang lain tu. My case ni yang specialnye sebab aku ada label X. X > extend. Sad story la kiranya. Sedih nak cakap banyak kang tak pasal-pasal menguris luka sendiri. Tu la, time belajar tak serius. Kan dah makan diri sendiri.

Sedih nak cakap banyak so sampai sini saja-lah kita. Salah & silap harap dimaafkan.

FIN

Monday, February 13, 2012

Dalam Masa Satu Minggu




Hey back!!

Dah bersawang dah gudang tulis-menulis ni.
Kesian dia...nak juga benda baru kan.

nothing much.



BAHAGIAN I

Bermula di petang Jumaat (10.2.2012). Masa tu tengah have fun dengan desktop yang agak tip top, hausemate aku dapat satu panggilan telefon. Ada job cikit katanya.
Boleh la dapat sikit-sikit. Job punggah barang. So kami pon bersetuju.

Tiba di gudang, mamat yg offer job tu datang menyapa kami berdua. Rupa-rupanya kenalaan sekolah menengah dulu. Lepas berborak dalam beberapa minit, kami pon tengok-tengok la benda yg nak dipunggahnya. Agak banyak la jugak tapi tak apa sebab memang freetime pon.

2 jam berlalu, kerja pon siap...dapat la upah sikit..
berapa?? >> rahsia...

Settle part one take place @perda, penang.




BAHAGIAN II

(Jumaat)
Memang plan nak balik rumah pon. Setibanya di rumah dalam keadaan penat, lepak-lepak jap tengok TV. Dah "lemau" dengan TV masuk bilik, kira kambing biri-biri jap then >> sleepy sheep.

(Sabtu)
Nothing much, bangun pagi, sarapan, terfikir nak mendaki Bukit Larut tapi terasa "lemau" so x kemana pon pagi ni. Petang keluar price-check minyak moto semi-synthetic n oil filter. Pusing-pusing tasik macam biasa then balik. Nak berjalan kaki keliling tasik tak boleh sebab hujan. Yeah...LOVE TAIPING!!

Malam makan kat luar restoran siam. Boleh-boleh la sedapnya. Mum mintak pergi pasar malam beli buah-buahan sikit while me pergi melencong bundle kasut. Niat nak beli satu untuk keguaan riadah berbasikal. Pasni takdak la pinjam-pinjam dah..Belek punya belek, cari punya cari dapat satu yang berkenan di hati. Masa nak mencuba, mata terpandang kasut lain. Dalam 3-5 pasang jugak la cuba tuh. Then dapat la satu yang memang confirm amek. Pastu ternampak satu lagi..
Asalnya nak biar ja, tapi apakan daya. Haha... Kata tuan kedai "sepasang RM30

Math equation >> [DC(x)+(adidas)(x)].(pasar malam) = RM60. x=made in china


End of Sabtu

Moving on to Ahad.

(Ahad)
Seperti biasa, bangun pagi sarapan & segalanya. Plan nak balik penang petang-petang sikit tak da la panas n jem sanggat. Tengahari nothing much. Nap time till 1pm.
Petang keluar niat nak cari ubat tapi banyak pulak "pit stopnye"
MF Mart >> Taiping lake garden(pusing-pusing) >> Tesco+Taiping Sentral >> heding home..see...plan nak beli ubat tapi habok pon tarak!!
@Tesco+Taiping Sentral menyinggah kedai jap. Belek punya belek...tengok punya tengok 'ter'beli la barang.



Done with those stuff. me myself terasa dibazirkan duit pulak kan.
hurm.... tak pa pedoman hidup...

Dah petang so fikir nak berangkat pulang ke penang, tapi hujan lebat. Kalau drive tak pa la, ni ride. hurm..

So that it..
FIN...

Monday, January 16, 2012

Proud to be Malaysian.

Are u proud of being one of them??

Yes I am!! Gila kau, siapa tak bangga jadi rakyat Malaysia. Tak percaya aku cakap?? Pernah tengok tak negara lain yang gila punya banyak bangsa yang boleh jadi satu kepala(walaupon agak rare) Nak list down jugak ke?? Ok2 tak da hal lah Kan…Malaysia we got melayu,cina,India,serani,sinkh, part Sabah Sarawak belum masuk lagi kan…senang cerita banyak la kiranya. Tu baru sembang pasal kaum... belum masuk benda favorite lagi kan… benda favorite tu part makanan la… nak dijadikan cerita kalau orang melayu suka makan roti canai(india), orang cina suka makan kari(india), orang india suka makan mee(cina), orang cina suka makan ketupat & lemang(melayu) macam-macam lagi lah…

Not to mention pasal cuti pulak kan.. like my lecture said…”hampa ni untung gila dok kat Malaysia, untung kenapa sebab sikit-sikit dapat cuti jaa…Yalah now dah nak Chinese new year, but still hampa dapat cuti walaupon hampa tak sambut pon” macam2 la bebel si lecture tu pasal cuti umum kat Malaysia.

Malaysia ada macam-macam budaya,sambutan & macam-macam lagi lah. Logic tak kalau cakap pasal budaya pemberian duit raya yang hamper kesemua bangsa dalam Malaysia ni amalkan tatkala musim perayaan sebenarnya hasil adaptasi budaya kaum cina… Red packet atau angpau ni diberi kepada golongan kanak-kanak ketika di musim perayaan teruma sekali dalam perayaan Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Chai. Like I said before, untung jadi warganegara Malaysia ni. Haha bab duit pon buleh jadi cerita kan.

So that it .

Entry tak gempak pon..hanya sekadar berkongsi cerita..

Sekian.

Friday, January 13, 2012

It’s FRIDAY!!!


Bak kata Rebecca black, “Its Friday Friday gotta get down on Friday”…. Kata Katty Perry pulak “Last Friday night…blablabla….” Hurm layan jelah semua lagu2 tu… but seriously on this day is kinda unique Friday la pulak kan… cuba tengok calendar.



It’s Friday the 13th


Haha sound spooky kan. Kalau Google or wiki pasal Friday the 13th ni macam2 la kan. Kata wiki bring bad luck la pe la…tu kata si pemberitahu barat. Kalau rajin lagi Google jumpa la movie Friday the 13th where ada mamat psycho pakai topeng hoki bunuh2 orang.

Ahaha macam2 la dunia ni. So my entry kali ni update pasal Friday the 13th ja pon.

Tapi janagan risau sangat la pasal dalam Islam Jumaat(Friday) ni adalah penghulu segala hari. So bagi kaum lelaki bawak2 la diri sembahyang Jumaat. Bagi perempuan pulak jangan asyik nak peril kaum Adam suruh sembahyang Jumaat ja… solat Zohor jangan nak buat2 lupa…

So that it la kiranya...bye and Assalamualaikum.

Thursday, January 12, 2012

Voucher voucher voucher..

Yesterday on 11 January 12, 2012 aku dapat voucher buku 200 ringgit, so what to do with it huhh?? ow yaa, since my motor tayar depannya tinggal 10% ja so kena la tukar…else memang aku cium tanah la satu hari nanti. Lepas survey harge tayar depan, dapat la satu. Swallow jenamanya.. at 1st I like wat?? Tak pernah dengar pon… mechanic tu cakap Swallow ni Indonesia mari then he continue with lots of lots of talk... aku yang bosan mendengar terus proceed with asking the harga of the tayar.. so it cost me 200 ringgit. Wah. Kebetualan pulak baru dapat 200 kan..ahaah(macam boleh guna kt kedai motor)

Lepas idea nak guna voucher untuk tukar tayar tu nampak macam tak boleh pakai so now planning nak beli stock alat tulis tak pon borong barang dalam kedai buku UiTMPP tuh..haha..

Adeh this time punya entry macam lintang pukang la pulak kan…

Tapi taka pa lah.. at least got something new to shared with. U_U

FIN

Wednesday, January 11, 2012

Rumor rumor all the way….

It’s the day. Rumor finally come true la kiranya kan. Walaupon someone didn’t agree with me about the rumor thing but who care, this is my entry la pulak kan…haha. So on 11 January 2012 I got my 200 ringgit worth of “voucher buku”. So apa nak dibeli dengan menggunakan voucher tu yee?? Automatically my brain keep processing an idea about things to buy… yelah. Macam Joyah pon ada nak list down apa benda nak kena beli ni kan. Friend of my preferred branded stationary like Parker, Pilot n etc. Some recommend me to borong semua alat tulis yg ada. Huhu good idea jugak tu...long term expenses. Mine planning to buy hurm … ntah la...still got no idea about things to buy using that voucher tu…

So that it la kiranya kan… at least I got something new to shared with...ha-ha…

So sayonara/fin/the end/tammat n_n

Sunday, January 1, 2012

Its a New Year!!

Hey everyone!! Its finally 1·1·2012 so we are officially in 2012. So kalau dah new year ni mesti nak pasang azam barukan. So apa azam baru si pembaca disana tu? mine is "Azam tahun baru saya ialah berazam supaya tidak lagi berazam untuk tahun-tahun yang mendatang". Tak boleh blah kan my azam ni but yeah seriously buat apa berazam bagai kalau tak penah fulfill kan. Better go with the same azam like me setuju tak? setuju ke tak itu terserah pada anda kerana anda yang menentukan. Hoping for this new year bring lots of lots of memories for me especially sweet memory la kan. Tapi kalau ada memory yg tak berapa sedap tu nak buat macam mana, dah memang ditakdirkan macam tu. So just go w/ the flow aka jadi lalang yang ikut arah angin la kiranya.

Itu ja entry di awal pagi tahun baru ni. Later on update lagi. Itu pon kalau dapat kemudahan internet la kan. Haha, dah bocor rahsia. Yeah!!
So wishing u all HAPPY NEW YEAR!!

P/s: diz time no pic sori line tak kuat nak cari pic relate to new year.
Published with Blogger-droid v1.7.1