Wednesday, August 21, 2013

Penjajahan otak

Assalamualaikum pembuka bicara.

Entry kali ni nak bercerita pasal trend baru masa kini. Fesyen memang tak boleh dipisahkan dengan golongan remaja. Macam-macam jenis fesyen yang digayakan golongan muda zaman kini. Tapi ada fesyen yang sikit-sikit menjadikan golongan muda ini semakin melupakan semangat petriotik negara dengan mengagung-agungkan sesuatu yang melambangkan pengaruh luar terutamanya barat.

Kalau ditelitikan balik zaman penjajahan dah lama berlalu namun kesan & pengaruh luar masih lagi bertapak di bumi bertuah Malaysia ni. Generasi muda zaman sekarang bermegah-megah dengan fesyen yang melambangkan pengaruh luar seperti corak bendera "Union Jack" yang rata-rata diaplikasikan kepada corak baju, casing telefon & sebagainya. Macam-macam lagi kalau hendak dikongsikan tapi saya ambil contoh yang sedia ada depan mata which is my friend's phone casing yang bercorakkan bendera kebangsaan The Great Britain.


Saya sebagai pemerhati nak juga tengok golongan muda zaman kini menghasilkan satu aliran fesyen yang mengagungkan Jalur Gemilang kebanggaan kita rakyat Malaysia. Harap-harap ia menjadi kenyataan.
Tak dinafikan sudah sedia ada golongan yang ingin mengagungkan Malaysia namun masih mengunakan pengaruh barat sepertimana muzik video "Malaysian Boy" yang mengunakan melodi & lengguk lagu "American Boy" nyanyian penyanyi luar

Kesimpulannya saya masih berharap terdapat golongan muda diluar sana cuba bangkit & bersaing setaraf dengan negara di luar sana tanpa melupakan asal usul kita iaitu "Anak Malaysia"

Sekian~
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wednesday, August 14, 2013

Nasib malang hari pertama kuliah

Lahai, apalah nasib harini dihari pertama balik kolej dah kena nasib malang. Mana tidaknya pergi ke kelas rushing sebab bangun lewat, lepas tu paling malang sekali masa nak parking tu dah packed da parking slot. Lepas tu lagi masa nak parking jugak dekat celahan yang rasa-rasa boleh nak park kereta alih-alih "tercontact" la tiang lampu yang megah berdiri merobek kenderaan aku yang makin sakit. Habisla headlamp & signal kanan dan maka melayanglah duit raya yang sepatutnya nak guna service absorber

:(
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Setelah habisnya cuti.

Assalamualaikum.. Kini habis sudah masa untuk bersantai-santai dirumah sempena cuti hari raya aidilfitri yang masih berbaki 3 minggu lagi.

Walaupon suasana raya tidak semeriah dahulu tapi boleh la nak merasa beraya zaman serba teknologi ni. Masa penghujung puasa lalu terasa membuak-buak perasaan untuk menyambut raya. Dalam masa tu semua dok berangan bakar lemang la, anyam ketupat la itu la ini laaa. Tapi masa da sampai rumah haraemmm tak juga buat semua benda alah tu

Masa raya macam biasa solat sunat hari raya, followup dgn ziarah yang sudah tiada lepas tu ziarahlah yang tara nak ada ni. Da lepas part tu mula la nak mengepak jalan raya lawat rumah kawan-kawan la rumah gadis-gadis la macam-macam haa. Open house tak masok lagi haa macam-macam jenis makanan dapat rasa masa open house tu mee laksa seafood laa, kek lapis laa, macam-macam haaa.

Dah masuk raya ke-4 dan keatas suasana dah kurang meriah sebabnya ada yang balik, sudah habis cuti la katakan. Lepas pada tu saudara mara masing-masing balik ke mana asalnya mereka datang samada kembali ke tempat asal ataupon kembali ke rahmatullah.

Penghabisan ceritanya kini aku ada di mana tempat aku perlu bertapa.

Sekian
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Tuesday, August 13, 2013

12 august 2013 meteor (storm/meteorshower)

Rata-rata penduduk bumi ingin turut serta menyaksikan kejadian "meteor storm" yang diramal akan melintasi bumi beberapa jam sahaja lagi. Kejadian itu boleh dikatakan kejadian yang agak bestla sebab kena pada waktu. Mana tidaknya kena pada waktu cuti & pada masa yang sama terjadi dalam bulan raya. Woot2. Canggih tu, ce bayangkan "Meteor Storm Raya".

Macam-macam cara nak tengok meteor shower ni antaranya:
1.Ofcoz la telescope(option mahal)
2.Jadi geek tengok ramalan lepastu dengan confidentnya tengok langit
3.Bak kata kawan saya,baring kat tempat yang lapang & gelap then dengan harapan yang membuak-buak meteor shower depan mata

Macam-macam lagi cara kalau nak dikongsikan bersama tapi ikot cara masing-masing la

Akhir kata assalamualam & selamat tengok meteor shower raya
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Monday, August 12, 2013

Suasana hari raya dahulu sekarang.

Assalamualaikum pembuka bicara. Saya Izzat Hadi menghulur 10 jari memohon ampun maaf dibulan Syawal ini sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua.

Post kali ni menceritakan suasana hari raya dahulu & sekarang berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau hendak berceritakan prihal hari raya zaman dahulu rata-rata orang berpendapat bahawa raya zaman 80an 90an "best". Kalau bertanya persoalan yang sama sekarang ada yang berpendapat best dan ada yang sebaliknya. Kalau ditanya kenapa best kenapa tidak bermacam-macam alasan yang ingin dikongsi. Ada yang kata raya ni sebab ikut kelender jaa ada yang kata raya sebab nakkan duit raya & ada yang kata raya sebab nak jumpa kawan lama.

Berbalik kepada suasana hari raya dahulu sekarang, suasana dahulunya dikatakan lebih meriah berbanding sekarang. Ini kerana perbezaan zaman yang menyebabkan kemeriahan suasana berbeza-beza. Kalau dahulu setiap kali raya mesti balik raya,ada suasan pasang pelita waktu malam 7 likor,gotong-royong masak malam raya & macam-macam lagi la. Kalau nak bercerita memang panjang berjela-jela namun kalau suasana sekarang jauh berbeza. Walaupun tiada perbezaan namum sedikit sebanyak suasana raya yang terdahulu sudah kurang diamalkan seperti gotong-royong masak,suasana pasang pelita & macam-macam lagi. Kenapa suasana yang terdahulu semakin dilupakan kerana kesibukan masing-masing,perbezaan teknologi & kemudahan yang disediakan oleh zaman sekarang.

Kesimpulannya, perbezaan suasana yang terdahulu semakin dilupakan kerana ditelan zaman pemodenan. Cuba bayangkan jika suasana terdahulu semakin dilupakan & pupus, generasi akan datang tidak dapat merasa kemeriahan suasana hari raya yang "asli".

Sekian, terima kasih.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Sunday, August 11, 2013

Credit or cash

Wanna buy something
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Friday, December 14, 2012

Ayat-ayat kejam zaman budak-budak

Hai kawan-kawan. Hari ni kite nak cerita ayat-ayat kejam budak-budak, entry ni based on pengalaman sndiri & cerita-cerita yang pernah singgah dekat perlabuhan otak di negeri kepala sendiri.

Basically zaman kecik-kecik dulu memang indah, kalau tak indah pon perit bin pedih. Semua tu based on diri sendiri la kan haaaa. But my case kinda mix sebab yang enjoy n perit.

Ok balik ke topik asal, antara ayat tu sebenarnya tak la kejam mana pon cuma masa budak-budak tu feeling tu terover haaa. Yelaaa da nama pon ayat kejam so mostly ayat-ayat kejam yang terlintas di dalam otak la kan. Bawak-bawak pikir la ayat apa tuh kan haha

Tu je laaa. Ada apa-apa tulis-tulis lagi ye.

Fin

n_n

Published with Blogger-droid v2.0.8