Assalamualaikum pembuka bicara.
Entry kali ni nak bercerita pasal trend baru masa kini. Fesyen memang tak boleh dipisahkan dengan golongan remaja. Macam-macam jenis fesyen yang digayakan golongan muda zaman kini. Tapi ada fesyen yang sikit-sikit menjadikan golongan muda ini semakin melupakan semangat petriotik negara dengan mengagung-agungkan sesuatu yang melambangkan pengaruh luar terutamanya barat.
Kalau ditelitikan balik zaman penjajahan dah lama berlalu namun kesan & pengaruh luar masih lagi bertapak di bumi bertuah Malaysia ni. Generasi muda zaman sekarang bermegah-megah dengan fesyen yang melambangkan pengaruh luar seperti corak bendera "Union Jack" yang rata-rata diaplikasikan kepada corak baju, casing telefon & sebagainya. Macam-macam lagi kalau hendak dikongsikan tapi saya ambil contoh yang sedia ada depan mata which is my friend's phone casing yang bercorakkan bendera kebangsaan The Great Britain.
Saya sebagai pemerhati nak juga tengok golongan muda zaman kini menghasilkan satu aliran fesyen yang mengagungkan Jalur Gemilang kebanggaan kita rakyat Malaysia. Harap-harap ia menjadi kenyataan.
Tak dinafikan sudah sedia ada golongan yang ingin mengagungkan Malaysia namun masih mengunakan pengaruh barat sepertimana muzik video "Malaysian Boy" yang mengunakan melodi & lengguk lagu "American Boy" nyanyian penyanyi luar
Kesimpulannya saya masih berharap terdapat golongan muda diluar sana cuba bangkit & bersaing setaraf dengan negara di luar sana tanpa melupakan asal usul kita iaitu "Anak Malaysia"
Sekian~
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
No comments:
Post a Comment