Monday, August 12, 2013

Suasana hari raya dahulu sekarang.

Assalamualaikum pembuka bicara. Saya Izzat Hadi menghulur 10 jari memohon ampun maaf dibulan Syawal ini sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua.

Post kali ni menceritakan suasana hari raya dahulu & sekarang berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau hendak berceritakan prihal hari raya zaman dahulu rata-rata orang berpendapat bahawa raya zaman 80an 90an "best". Kalau bertanya persoalan yang sama sekarang ada yang berpendapat best dan ada yang sebaliknya. Kalau ditanya kenapa best kenapa tidak bermacam-macam alasan yang ingin dikongsi. Ada yang kata raya ni sebab ikut kelender jaa ada yang kata raya sebab nakkan duit raya & ada yang kata raya sebab nak jumpa kawan lama.

Berbalik kepada suasana hari raya dahulu sekarang, suasana dahulunya dikatakan lebih meriah berbanding sekarang. Ini kerana perbezaan zaman yang menyebabkan kemeriahan suasana berbeza-beza. Kalau dahulu setiap kali raya mesti balik raya,ada suasan pasang pelita waktu malam 7 likor,gotong-royong masak malam raya & macam-macam lagi la. Kalau nak bercerita memang panjang berjela-jela namun kalau suasana sekarang jauh berbeza. Walaupun tiada perbezaan namum sedikit sebanyak suasana raya yang terdahulu sudah kurang diamalkan seperti gotong-royong masak,suasana pasang pelita & macam-macam lagi. Kenapa suasana yang terdahulu semakin dilupakan kerana kesibukan masing-masing,perbezaan teknologi & kemudahan yang disediakan oleh zaman sekarang.

Kesimpulannya, perbezaan suasana yang terdahulu semakin dilupakan kerana ditelan zaman pemodenan. Cuba bayangkan jika suasana terdahulu semakin dilupakan & pupus, generasi akan datang tidak dapat merasa kemeriahan suasana hari raya yang "asli".

Sekian, terima kasih.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

No comments:

Post a Comment